Tuesday, June 24, 2008

Nubhan Dilamar Ning Baizura?




KL, 24 JUN 2008: Cayala... Itulah tagline popular pemenang tempat ke-3 Akademi Fantasia 6 (AF6), Nubhan yang kini semakin popular dengan lagu Ada Untukmu. Sebaik saja menjadi graduan AF6, nama Nubhan makin meletup sehingga Murai Batu rasakan juara AF6, Stacy pun boleh tergugat.

Hakikatnya, ini semua mungkin aura Nubhan dan lagunya yang merdu. Bercakap pasal Nubhan, sejak dia keluar AF6, Murai Batu nampak dia ni selalu ditemani seseorang yang popular. Kalau sebut namanya, mesti ramai orang industri kenal kerana dia pun orang penting bagi seorang penyanyi terkenal.

Selepas Murai Batu siasat tentang benda ni, rupa-rupanya Mamat yang bersama Nubhan itu adalah bakal pengurus Nubhan, siapa lagi kalau bukan Vernon Kedit, pengurusnya Ning Baizura dan bekas pengkritik GangStarz.

Wah.. baru keluar AF6, terus pasang pengurus ni. Ada sesetengah artis yang dah popular pun belum pasang pengurus. Tapi Murai Batu yakin dengan adanya pengurus kerjaya artis seperti Nubhan akan lebih terancang dan tersusun. Cuma jangan hangat-hangat tahi angsa pulak, ooopss maaf, tahi ayam!

Setakat ni, Murai Batu difahamkan Vernon sudah pun berjumpa dengan pihak Maestro Talent untuk jadi pihak yang menguruskan jadual kerjaya seni Nubhan. Pun begitu, Murai Batu difahamkan ia masih dalam proses perbincangan.

Tambah sumber itu lagi: "Sebenarnya, Vernon lamar Nubhan sebab Ning Baizura sendiri sudah lama terpikat dengan bakat Nubhan. Masa Nubhan nyanyi pada awal konsert AF6 lagi, Ning merasakan Nubhan ada bakat yang unik. Jadi sebab itulah Vernon sudah kelihatan bersama Nubhan, kalau tak silap, masa konsert final lagi."

Kalaulah begitulah ceritanya, lepas ni, bertambah seorang lagi artis keluarga Ning Associates selepas Nikki. Tapi, kalau tak silap Murai Batu, kes Nubhan ni pernah terjadi pada Dafi dulu. Sekarang Dafi sudah diuruskan KRU Records tapi masih artis naungan Maestro Talent. Semua ini adalah satu kerjasama positif.


MURAI BATU: Nak korek cerita sejarah awal Nubhan dulu sebelum kerja di bank.


dipetik dari MURAI.COM : Nubhan Dilamar Ning Baizura?

6 comments:

Solly Salihah said...

kantoi sudah...
ramai PM ucu ok tanya betul ker...
tah lor, selagi hitam putih tak kuar, ucu tutup mulut jer... hope masa depan nubhan akan secarah kulit dia ok..hahaha

The Spasmodic Scribbler said...

Tuhla..tak sempat buat ape2 dah kantoiiiii...

Baru je nak bg ledakan bomb kan..hehehehe..

But anyway,we are entrusting Nubhan to you so please do a good job ye!I'm pressuring you okay!You thrive under pressure right?;)

YaYa said...

kekdahnye baru nk heboh..eheheh.

TokSky said...

Cheers and welcome...to a bright future in the music industry.

Shikin JD said...

mengharapkan mr giler kose kite dpt membimbing nub menjadi artis yg berjaya & sentiasa merendah diri....amin

YoYo said...

wow nubhan.. congrats!!

gud luck luck ya??

take care..