Monday, May 25, 2009

Rakan Budak Setan


Oleh Nim D’Oliveiro
am@hmetro.com.my

Watak Budak Setan pula akan dilakonkan Farid Kamil. Filem ini juga akan dibintangi Lisa Surihani dan Zoey. Penggambaran bagi watak sampingannya akan berlangsung selama lebih kurang satu minggu.

Sekalipun bakat lakonannya dalam filem belum teruji, namun anak jati Kuala Pilah ini akan memulakan penggambaran untuk sebuah telemovie yang yang belum diberi tajuk.

Sehabis sesi penggambaran pada Mei, Nubhan yang popular dengan lagu ‘Ada Untukmu’ akan masuk ke studio rakaman pada Jun untuk album sulungnya.

“Saya tak boleh kata lagi bila album sulung saya itu akan keluar sebab saya masih mencari bahan untuk dimuatkan.

“Satu lagi, album ni bukannya boleh main-main. Saya nak buat yang terbaik.

“Setakat ini sudah ada lima hingga enam lagu dan kebanyakannya ballad. Antara komposer terbabit pula adalah seperti Audi Mok, Ajai dan Sharon Paul.

“Alhamdullilah lagu-lagu balladnya memang hebat belaka. Sebab itu saya sekarang fokus untuk mencari lagu yang berlainan genre pula,” kata Nubhan yang kini bernaung di bawah Artistes United.

Walaupun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan dan industri muzik agak lemah, Nubhan yakin strateginya untuk merekod album adalah tindakan yang betul.

“Orang akan menilai artis dari apa yang ada padanya. Kalau setakat album pun belum ada, macam mana pandangan orang nanti? Dan kalau album tiada, apa yang boleh dipasarkan untuk artis itu? Lagipun, album adalah tiket untuk pergi jauh,” katanya.

Setakat ini, Nubhan berpuas hati dengan perkembangan kariernya dibawah bimbingan Vernon, yang turut menjadi pengurus kepada Erra Fazira dan Nikki Palikat.

Cuma cabaran besar baginya memenuhi komitmen nyanyian walaupun sakit supaya tidak menghampakan peminat. Satu lagi cabaran yang kerap dihadapinya apabila terpaksa mendengar gosip yang bertebaran mengenainya dan meredakan dengan tenang.

Kini, cabaran seperti itu telah mendewasakannya dan jejaka berwajah tampan ini hanya mahu menumpukan perhatian pada perkembangan seninya.


Sumber: Harian Metro

3 comments:

TokSky said...

GEMBIRA bila membaca yg album Nubhan akan keluar nanti sebab penat jugak menunggu ni. Tak sabor rasenya. Biar GEMPAK...

AjymNarnia said...

ingatkan album dah siap..baru 6 lagu rupanya....adui...tak apalah nubh....

Unknown said...

Hensemlah gambar tu...