Friday, May 29, 2009

Nubhan rakam lagu bahasa Mandarin, cuba 'pikat' peminat Cina

Oleh WAHIDA ASRANI

Dalam tempoh setahun, Nubhan berjaya melakukan 'transformasi' yang hebat dalam dirinya

BERBEZA sungguh melihat 'diri' Nubhan sekarang berbanding mula-mula dia muncul di persada seni tanahair sebaik memenangi tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) tahun lalu.

Sikap pemalu jejaka berusia 23 tahun ini cukup ketara ketika itu. Malah, ada juga wartawan yang pernah merungut sukar untuk menemubual Nubhan yang ketika itu masih 'blur' lagi.

Namun, itu cerita lama. Dalam tempoh setahun, penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu dan Seadanya Aku ini berjaya melakukan 'transformasi' yang hebat dalam dirinya.

Dia semakin petah berbicara dan bergurau. Penampilan atau imejnya juga sudah semakin 'matang'. Dan walaupun wajahnya nampak cukup penat gara-gara jadual yang padat, tetapi Nubhan sudah bijak 'menutup' kepenatan yang dialaminya secara profesional.

Malah, penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini sentiasa mengukir senyuman tatkala penulis memuji betapa 'berbezanya' Nubhan yang dulu dan sekarang.

"Ye ke? Memang banyak perkara yang saya pelajari setakat ini. Saya bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada pengurus, Vernon, yang memang banyak memberi semangat kepada saya untuk sampai ke tahap ini.

"Kalau dulu memang saya memang sangat pemalu dan selalu gementar terutamanya bila ingin buat persembahan. Tetapi rasanya sekarang ini saya sudah mampu atasinya perlahan-lahan.

"Apapun, saya masih terus berusaha perbaiki lagi kelemahan diri," ujar Nubhan, dalam nada cukup merendah diri.

Akui anak bongsu daripada lapan beradik ini, karier seninya juga semakin menunjukkan tanda-tanda positif, namun tutur Nubhan, bukan mudah untuk mempertahankan apa yang dimiliki ketika ini jika tidak disulam dengan usaha yang tinggi.

"Sejujurnya, memang susah untuk terus bertahan dalam industri ini jika kita tidak serius. Mungkin kerana saya memang benar-benar cintakan bidang ini, sebab itu saya curahkan sehabis baik dalam apa yang saya lakukan.

"Saya seronok sebenarnya bila melihat karier saya sudah mula berganjak ke satu tahap yang baru. Untuk saya berada di tahap ini memang bukan mudah. Saban hari, persaingan semakin banyak.

"Tetapi saya bersyukur, saya masih sibuk dengan aktiviti seni. Ini bermaksud orang masih ingin melihat saya berada di dalam industri ini," kata Nubhan.

Tutur jejaka ini lagi, pencapaian yang diraih hari ini juga mungkin tidak dapat diperolehinya tanpa sokongan padu peminat-peminat termasuklah Kelab Peminat Nubhan (Nubhan FC) yang kini sudah mencecah bilangan ahli sekitar 4000 orang.

Lebih menggembirakan Nubhan ialah keakrabannya yang terjalin dengan ahli-ahli kelab peminatnya itu yang sudah dianggap Nubhan sebagai sahabat.

"Macam-macam aktiviti sering mereka adakan. Jika berkesempatan, saya memang tidak akan lepaskan peluang untuk turut serta. Adakalanya, kami pergi menonton wayang bersama.

Nubhan guna kelebihan berbahasa Mandarin untuk 'pikat' peminat berbangsa Cina

"Tetapi bila bersama mereka, saya tidak pernah tampilkan 'imej' artis di hadapan mereka. Memang seronok sangat kerana mereka juga sering memberikan nasihat yang baik pada saya," kelab peminatnya itu bakal meraikan ulangtahun pertama penubuhannya.

Album sulung dan lagu bahasa Mandarin


Bercerita tentang perkembangan dunia seninya, dalam nada ceria, Nubhan berkata, dia kini masih di dalam proses pembikinan album sulungnya yang berkonsepkan 'modern pop'.

Setakat ini, kata Nubhan, enam buah lagu telah disiapkan dan antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Sharon Paul, Ajai dan Tam Spider.

Namun, menariknya, jejaka ini juga akan merakamkan sebuah lagu Mandarin untuk dimuatkan di dalam album tersebut yang mungkin akan dipasarkan selepas Hari Raya nanti.

"Dengan kebolehan saya bertutur di dalam bahasa Mandarin, saya rasa tidak salah jika saya gunakan 'kelebihan' itu pada cara yang betul.

"Bagi saya, ini satu langkah yang baik untuk saya perluaskan lagi karier saya dan saya sendiri memang sudah bersedia untuk masuk ke pasaran mereka (Cina)," kata Nubhan yang pernah belajar di sekolah cina selama lapan tahun.

Jadi budak setan!

Tatkala karier nyanyiannya semakin memuncak, Nubhan melangkah setapak lagi menerusi percaturan pertamanya di layar perak pula. Ujar penyanyi ini, meskipun tidak mempunyai pengalaman, dia sanggup mengambil cabaran tersebut kerana ingin melihat karier seninya tidak statik di takuk biasa saja.

Memegang watak sebagai Sapi di dalam filem Lagenda Budak Setan arahan Sharad Sharan, Nubhan akui, perasaan kekok memang tidak dapat disangkal dalam dirinya tatkala pertama kali berada di set penggambaran filem itu.

Meskipun memegang watak sampingan sebagai rakan kepada Budak Setan yang dilakonkan oleh Farid Kamil, kata Nubhan, dia memang cukup gementar apatah lagi gandingannya itu bukan calang-calang pelakon.

"Walaupun banyak kali juga kena buat semula, tetapi akhirnya saya buat juga yang terbaik. Lagipun bukan senang nak bawak watak budak yang betul-betul nakal. "Tetapi ini satu pengalaman baru yang cukup menyeronokkan sebenarnya. Apapun, lakonan memang memerlukan kesabarang yang tinggi," kata si jejaka tinggi lampai ini lagi.


Sumber: mStar Online

Monday, May 25, 2009

Jemputan khas daripada Nubhan




Rakan Budak Setan


Oleh Nim D’Oliveiro
am@hmetro.com.my

Watak Budak Setan pula akan dilakonkan Farid Kamil. Filem ini juga akan dibintangi Lisa Surihani dan Zoey. Penggambaran bagi watak sampingannya akan berlangsung selama lebih kurang satu minggu.

Sekalipun bakat lakonannya dalam filem belum teruji, namun anak jati Kuala Pilah ini akan memulakan penggambaran untuk sebuah telemovie yang yang belum diberi tajuk.

Sehabis sesi penggambaran pada Mei, Nubhan yang popular dengan lagu ‘Ada Untukmu’ akan masuk ke studio rakaman pada Jun untuk album sulungnya.

“Saya tak boleh kata lagi bila album sulung saya itu akan keluar sebab saya masih mencari bahan untuk dimuatkan.

“Satu lagi, album ni bukannya boleh main-main. Saya nak buat yang terbaik.

“Setakat ini sudah ada lima hingga enam lagu dan kebanyakannya ballad. Antara komposer terbabit pula adalah seperti Audi Mok, Ajai dan Sharon Paul.

“Alhamdullilah lagu-lagu balladnya memang hebat belaka. Sebab itu saya sekarang fokus untuk mencari lagu yang berlainan genre pula,” kata Nubhan yang kini bernaung di bawah Artistes United.

Walaupun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan dan industri muzik agak lemah, Nubhan yakin strateginya untuk merekod album adalah tindakan yang betul.

“Orang akan menilai artis dari apa yang ada padanya. Kalau setakat album pun belum ada, macam mana pandangan orang nanti? Dan kalau album tiada, apa yang boleh dipasarkan untuk artis itu? Lagipun, album adalah tiket untuk pergi jauh,” katanya.

Setakat ini, Nubhan berpuas hati dengan perkembangan kariernya dibawah bimbingan Vernon, yang turut menjadi pengurus kepada Erra Fazira dan Nikki Palikat.

Cuma cabaran besar baginya memenuhi komitmen nyanyian walaupun sakit supaya tidak menghampakan peminat. Satu lagi cabaran yang kerap dihadapinya apabila terpaksa mendengar gosip yang bertebaran mengenainya dan meredakan dengan tenang.

Kini, cabaran seperti itu telah mendewasakannya dan jejaka berwajah tampan ini hanya mahu menumpukan perhatian pada perkembangan seninya.


Sumber: Harian Metro

Wednesday, May 6, 2009

Nubhan Bintangi Lagenda Budak Setan


6-May-2009 | Oleh: Murai Batu



Laluan Nubhan, bintang Akademi Fantasia 6 (AF6) dalam bidang seni semakin cerah. Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi, anak kelahiran Negeri Sembilan itu mengorak langkah pula menjadi pelakon filem.

Sumber memberitahu Murai Batu, baru-baru ini bahawa Nubhan telah mendapat tawaran daripada pengarah Sharad Sharan untuk membintangi filem terbarunya, Lagenda Budak Setan. Khabarnya hero filem itu adalah Farid Kamil dan pelakon-pelakon lain juga hebat-hebat.

"Nubhan memegang watak pelakon pembantu bernama Sofi dalam Budak Setan. Inilah filem pertama Nubhan selepas dia mencuba bakat lakonan di kaca TV. Walaupun Nubhan muncul dalam 10 babak sahaja, ia satu peluang yang sangat baik kepada Nubhan untuk mengasah bakat di layar perak," kata sumber itu.

Bagi Murai Batu, perkembangan yang berlaku terhadap Nubhan membuktikan aura bekas pelajar AF musim lalu belum lagi hilang dan penutupan Maestro Talent & Management tidak pernah melemahkan semangat bintang-bintang AF untuk terus berjuang dalam dunia hiburani. Yang penting, pihak pengurusan artis itu sendiri kena bijak menyusun strategi untuk melariskan artis naungan mereka.


Sumber: Murai.com.my