Wednesday, August 27, 2008

Dengarnya... Keajaiban Kelapan Nubhan bakal meletup


Oleh Normah Becok
HIP, Berita Harian

BERBAKAT: Nubhan akan merakamkan album pada bulan puasa.


MEMANG boleh dikatakan rezeki berganda buat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan. Cik Normah cakap begitu sebab selepas lagu nyanyiannya berjudul Ada Untukmu meledak hingga memanjat carta beberapa stesen radio di Malaysia, ada satu lagu lagi yang menggunakan judul Keajaiban Kelapan dikatakan bakal menyengat dan dimuatkan dalam album sulungnya.

Kedua-dua lagu itu ada kesinambungannya. Cuba perhatikan bait lirik puitis lagu Ada Untukmu yang berbunyi, “Akan ku kotakan janji kita, mendirikan Taj Mahal cinta, seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya.”

Amboi! ‘feeling you’ lagu Ada Untukmu ini yang liriknya ditulis Abie Abdullah. Begitu juga dengan lirik lagu Keajaiban Kelapan yang menggunakan khidmat penulis lirik yang sama.

Cik Normah diberitahu Keajaiban Kelapan itu merujuk kepada kalimah dan kata azimat penuh makna iaitu cinta. Syahdu Cik Normah dengar, hingga terusiklah hati ini. Cik Normah juga insan yang sentiasa menghargai cinta dan sangat setia pada yang satu. Tugu cinta Cik Normah seteguh monumen bersejarah di Monas dan Lubang Buaya, Indonesia. Tiba-tiba pula Cik Normah teringatkan momen indah saat bercuti bersama rakan wartawan hiburan di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Amboi hebat sungguh ilham penulis lirik itu sehingga ingin mengabadikan cinta sebagai keajaiban kelapan selepas tujuh keajaiban (7 Wonders) di dunia yang kita sudah tahu. Kita tunggu sajalah perkembangan lagu itu tak lama lagi. Insya-Allah, kawan Cik Normah beritahu, pada Ramadan ini, Nubhan akan mula sibuk merakamkan album sulungnya bersama syarikat milik Ning Baizura, Artistes United Records.


Dipetik dari Berita Harian

6 comments:

Solly Salihah said...

tahniah utk penulis lirik & lagu...
tanpa ideal kreatif u all, nubhan tak kan mantap dengan lagu ni...

terima kasih juga utk Nubhan, sebab nyanyikan lagu hasil yang kreatif ni dengan jayanya, sehinggakan sedap kat alwa telinga semua NUBIES...

terima kasih juga pada NUBIES, sebab sentiasa memberikan yang terbaik utk lagu yang kreatif ini serta memberikan yang terbaik utk kerjaya nubhan dalam bidang seni ini...

TERUSKAN SOKONGAN SEMUA UTK KERJAYA NUBHAN!!!

Anonymous said...

wah....x sab02 nk tnggu lgu ni kuar....=)

nubhania said...

keajaiban kelapan...unik sesgt tajuk lgu nih..xsaba nk tggu lgu ni kuar,msti best...

Anonymous said...

tahniah dan syabas diucapkan kepada nubhan dan penulis serta pencipta lagu ini.... apabila mendengarkan tajuknya sahaja sudah dapat merasakan feelnya. sungguh unik tajuk lagu ini.....seunik 7 keajaiban dunia sediaada kini. Maka keunikan kelapan adalah terletak pada nubhan. Betapa bangganya dirasakan. Harap Nubhan akan menyanyikan dgn penuh perasaan dan menusuk kalbu.... supaya sesiapa yg mendengarnya akan terbuai-buai akan kelunakan dan kegemersikan suara nubhan.

Anonymous said...

baru buktikan nubhan maju!!
ilah org pertama beli oke!
haha...

Anonymous said...

hye nubhan.........lsa mnt awk taw...mnt pd sore awk y len dr y len.i like...anyway,hpe u success in ur carier k...cmt bpoce...