Wednesday, May 6, 2009

Nubhan Bintangi Lagenda Budak Setan


6-May-2009 | Oleh: Murai Batu



Laluan Nubhan, bintang Akademi Fantasia 6 (AF6) dalam bidang seni semakin cerah. Selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi, anak kelahiran Negeri Sembilan itu mengorak langkah pula menjadi pelakon filem.

Sumber memberitahu Murai Batu, baru-baru ini bahawa Nubhan telah mendapat tawaran daripada pengarah Sharad Sharan untuk membintangi filem terbarunya, Lagenda Budak Setan. Khabarnya hero filem itu adalah Farid Kamil dan pelakon-pelakon lain juga hebat-hebat.

"Nubhan memegang watak pelakon pembantu bernama Sofi dalam Budak Setan. Inilah filem pertama Nubhan selepas dia mencuba bakat lakonan di kaca TV. Walaupun Nubhan muncul dalam 10 babak sahaja, ia satu peluang yang sangat baik kepada Nubhan untuk mengasah bakat di layar perak," kata sumber itu.

Bagi Murai Batu, perkembangan yang berlaku terhadap Nubhan membuktikan aura bekas pelajar AF musim lalu belum lagi hilang dan penutupan Maestro Talent & Management tidak pernah melemahkan semangat bintang-bintang AF untuk terus berjuang dalam dunia hiburani. Yang penting, pihak pengurusan artis itu sendiri kena bijak menyusun strategi untuk melariskan artis naungan mereka.


Sumber: Murai.com.my

4 comments:

Lucky Star said...

Ah, gambar lama Nubhan. Teringat balik AF6. Berlakon baik2 & all out ye Nub ^^

theosofie mashon said...

sofi... humm.. tidakkah nama timangan ku juga.. ahaks.

cw6_fiqah said...

comella abg nubhan

Anonymous said...

One of the location of this film is at my college. So..Selalu la nampak they all shooting..

All of the actor n actress looked so tired. Maybe because each scene were repeated many times.

Bila fikir balik..Acting memang memenatkan..Ni yang tetiba rasa kena menghargai filem2 n drama2 yg keluar kat tv..

Btw, all the best to Mr.Nubie and good luck for the film.

p/s:tak sabar nak tunggu filem ni keluar kat panggung.