Wednesday, October 29, 2008

'Ghayo Kek Kampung'

Oleh Hussain Said

NUBHAN melayan tetamu yang datang ke rumah terbukanya.


Program istimewa sempena Syawal eratkan hubungan Nubhan dengan peminat, ahli keluarga

TANPA peminat siapalah saya! Jawapan itu adalah ungkapan klise yang sering kedengaran apabila seseorang artis menjawab pertanyaan wartawan mengenai sokongan peminat terhadap karier seni mereka.

Namun, tidak semua penyanyi baru sanggup berkorban untuk mendekati dan menghargai sokongan yang diberikan peminat kepada mereka selama ini dan hanya menjadi ungkapan itu hanya manis dan sekadar meniti dibibir saja. Tetapi tidak bagi Ahmad Nubhan Ahamad atau Nubhan, 22.

Menyedari peminat adalah tulang belakang kepada karier seninya, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Ke-6 itu mengambil keberkatan Syawal dengan mengadakan jamuan rumah terbuka khusus buat meraikan peminatnya, 26 Oktober lalu.

Program dinamakan 'Ghayo Kek Kampung' di kampungnya di Tebing Tinggi, Juasseh, Kuala Pilah itu bukan berjaya menarik kedatangan peminatnya bukan saja dalam negara tetapi ada yang sanggup datang dari Brunei untuk bertentang mata dengan penyanyi yang popular dengan lagu Ada Untukmu itu.

Peminat penyanyi bersuara gemersik itu jelas berpuashati dengan layanan yang diberikannya kerana mereka bukan setakat dijamu dengan pelbagai makanan yang lazat tetapi turut dihiburkan dengan beberapa lagu dan berpeluang berduet dengannya.

Menariknya, jamuan yang diadakan secara bergotong royong dengan ahli keluarga, kelab peminatnya, Nubhan FC dan penduduk kampung itu turut dimeriahkan dengan permainan sukaneka bagi merapatkan hubungannya dengan peminat.

Nubhan yang ditemui mengakui di usia yang muda dan masih setahun jagung dalam bidang seni, sokongan peminat amat penting bagi memastikan kelangsungan karier dan kedudukannya di persada seni hiburan terus mekar.

“Ini adalah kali kedua saya menganjurkan rumah terbuka sempena Aidilfitri, kali pertama pada 11 Syawal lalu membabitkan keluarga dan penduduk satu taman di Seremban tetapi kali ini saya menganjurkan di kampung halaman saya.

“Berbeza dan menariknya rumah terbuka kali ini kerana ia diadakan bagi menghargai keluarga, peminat dan penduduk kampung yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini.

“Jadi, inilah masa terbaik saya beramah mesra dengan mereka dan saya cukup seronok apabila ramai yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini,” katanya yang turut gembira dengan kehadiran rakannya di Akademi Fantasia 6, Toi dan Faizal.

NUBHAN kini tidak lagi bernaung di bawah syarikat milik Ning Baizura yang menguruskan kerjaya Nikki dan Yanie.


Rancak siapkan album sulung

Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Nubhan berkata, dia kini dalam proses menyiapkan album pertamanya bersama Artistes United Records Sdn Bhd (AURSB) yang dijangka dipasarkan hujung tahun ini.

"Sepatutnya, rakaman album sudah siap pada Ramadan lalu tetapi kesakitan belakang yang dialami dan sibuk dengan pelbagai majlis dan rancangan untuk program hari raya, saya hanya sempat merakamkan dua tiga lagu.

"Bagaimanapun, saya akan menyambung proses rakaman selepas ini dan jika tidak ada aral melintang, Insya'Allah album saya akan berada di pasaran hujung tahun ini.

"Selain itu, saya juga sedang menimbang tawaran berlakon filem dengan memastikan skrip dan watak yang diberi bersesuaian agar saya dapat memberikan lakonan yang mantap untuk memuaskan hati semua pihak," katanya.

Nubhan juga yakin karier nyanyiannya tidak terjejas sekalipun Ning Baizura tidak lagi bersama AURSB selepas mengumumkan pembubaran syarikat pengurusannya, Ning & Associate Sdn Bhd (NASB) yang dikongsi bersama Vernon Kedit, baru-baru ini.

Bukan menjadi rahsia kejayaan dan kekuatan imej penyanyi bersuara soprano itu dalam persada seni suara menjadi antara faktor utama Nubhan menerima lamarannya untuk menyertai AURSB, anak syarikat NASB.

"Walaupun agak sedih tetapi saya perlu menghormati keputusannya. Perjuangan harus diteruskan kerana saya bernaung di bawah AURSB yang dikendalikan Vernon.

"Saya berharap sentuhan Vernon yang berjaya mengangkat dan menjadikan Ning Baizura sebagai bintang di persada seni suara, saya berharap sentuhan emasnya itu turut dapat membantu dan mengangkat nama saya pula," katanya.


Dipetik dari HIP, Berita Harian

6 comments:

~AqUnUbiEsEtiA~ said...

memang best beraye di joseh...
album tu mintak2 cepat lah siap...
den dah tak sabar nunggu...

semoga berjaya dalam industri seni ok....

aku dan nubies berterusan menyokong ko nubhan....
gud luck, gud luck & gud luck....

kyrun_q said...

tnx Nubhan n family,
for welcoming us in ur home during 'Ghayo Kek Kampung'.
It was such a pleasure.....

Nubs...all the best with ur coming album.....

God bless u.

Anonymous said...

salam..wah bestnye dapat beraye kat juaseh ngan nubhan...sy hanye tau dr jauh je..huhu,ape2pun, yg penting nubhan terus berusaha menggilap bakatnya sbg artis baru di malaysia dengan sukses skali ok..jadila artis yg terbaik dr semua aspek la.. =) nubhan dh nak ade album baru..mestila nak beli kan..ok la, all the best ya!! cayalah~

sherrysofiya said...

My dear Nubhan,

Bestnya dgr cite Ghayo kek Kampong ni..

Nubhan Kalau boleh letak la gambar2semasa Ghayo kek kampong kat sini..

sejak tgk drama ada cinta di hari hari raya dan destinasi Fantasia di GC.. bertambah tambah tambah minat kat Nubhan.. Nubhan ada keunikan tersendiri dan aura yg tak boleh diajar oleh sesiapa.. ianya dtg sendiri dari diri anda..

semuga Nubhan berjaya..

Ajoy said...

cayalah nub

Anonymous said...

Looking forward to your forthcoming album. InsyaAllah akan beli...sudah tentu yang ori!

Apa2 pun jadilah diri sendiri...Itulah kekuatan yang saya lihat ada pada Nubhan. Goodluck semoga bejaya....yang penting jangan lupa ibu bapa,keluarga dan menjaga batasan agama.