Wednesday, October 22, 2008

Dengarnya... Nubhan berangan diva?


Oleh Normah Becok



CIK Normah simpati sangat dengan nasib kawan Cik Normah yang ditugaskan membuat sebuah liputan konsert di Sabah baru-baru ini. Macam-macam dugaan yang dihadapinya. Mujurlah dia kuat iman, hadapinya dengan penuh senyuman. Tapi dalam hati menggelegak siapa tahu kan.

Yang Cik Normah nak kongsi cerita bukan mengenai perjalanan konsert itu yang kucar kacir tapi mengenai seorang artis yang diundang membuat persembahan dalam konsert itu. Biarlah Cik Normah sebut namanya okey!. Nubhan yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Akademi Fantasia musim keenam.

Kebelakangan ini, ada saja kisah yang tak menarik kedengaran mengenainya. Termasuklah mengirimkan kad raya kosong tanpa tulisan. Ayoo... takkan nak tandatangan pun tak sempat adik oii. Cik Normah dengar ada di kalangan wartawan yang cuba menegur sikapnya supaya lebih terbuka dan matang. Yelah dah jadi artis kenalah bijak mengendali apa juga situasi.

Ketika di Sabah, kawan Cik Normah memerhati saja gelagat Nubhan. Dia lebih suka bersendirian dan tidak gemar bercampur dengan rakan artis. Ada kedengaran yang cakap dia sekarang ini sudah berangan ala-ala feeling diva ‘gitu’ sejak lagu dia berjudul Ada Untukmu meletup dan menyertai syarikat pengurusan artis popular lagi. Kawan Cik Normah puji lagi sikap artis lain macam Izwan Pilus, Farawahida, Fazli Zainal dan Aizat yang boleh masuk dengan semua orang.

Lucunya, kawan Cik Normah dengar sesuailah dia berangan sebab yang uruskan dia pun berangan juga. Cik Normah tak nak sebut siapa pengurusnya tapi tahulah siapakan. Cik Normah bukan nak menjatuhkan Nubhan mahupun sesiapa, coretan ini sekadar menegur supaya kembali berpijak kepada bumi nyata. Cik Normah lakukan ini sebab sayangkan Nubhan, jangan sampai dah terjatuh baru nak terngadah.

Cik Normah harap teguran ini diambil secara positif oleh pihak Nubhan. Kalau sebaliknya, ‘tak dapatlah den nak nolong’. Cik Normah pun tak sabar ni nak tunggu kesudahan kisah yang berlaku antara Ning Baizura dan Vernon. Khabarnya akan ada sidang media tak lama lagi, menjelaskan segala-galanya. Tunggu jer la.


Dipetik dari HIP, Berita Harian

16 comments:

tira_blurb said...

Be strong Nubhan!
Ni baru permulaan of everything!

Take care yea!

Zhu ni leng chai always!hahaha!

:D

Anonymous said...

sabar nubhan ya....
ni baru starting to become a really good star.....
dugaan dan kritikan mmg akan datng....
kita ni bknnya mnusia yang sempurna.....
be strong erkkkkkk........

HelmiLassim said...

i dont care...
ape org nak kate pon...

nubhan!!!!
ko ignore je ape org nak kate pon...
aku n nubies berterusan menyokong ko...
teruskan usaha ok....
smoga berjaya dalam industri seni...

Anonymous said...

xde, Org komen tu sbrnye ada sebab.
dah namanya teguran utk kebaikan nubhan gak. Jgn ignore teguran2 yg positif, yg betul jdkn teladan, yg tak betol jdkan sempadan. Peminat dan yg lain2 jgn melatah.

Dah nama manusia kan,
lemah setiap masa..ada kelebihan ckit je kita dah mula mendabik dada. Org yg merasainya, mungkin anggap tiada apa2 yg berlaku. Sedangkan hakikatnye, mmg ia benar2berlaku. Org kat luar ni yg lg afdal nampak.

Bukan ingin menjatuhkan Nubhan, kerjaya u akan terus berjaya, jgn risau yg penting u ikhlas dan terus berusaha. "Down To Earth" setiap masa, ingat asal usul. Itu penting.

Teguran yg diberikan oleh Cik Normah dlm BiPop ahad lepas kena pandang positif, utk kebaikan kita semua juga. Nanti tak psl2 suatu hari berlaku perkara yg lbh maha dahsyat n teruk, sape nk jwb? Sudah jatuh ditimpa tangga la namanya. Tak gitu semua.

Slm Syg.

Anonymous said...

just ignore je..
mulut org mmg susah nk tutup..
juz be urself..
luv ya..

Anonymous said...

yup, sgt2 betul tu...juz be ur self k.. go nubhan!! cayalah~~ =)

Anonymous said...

Memang kedengaran agak pelik...Tapi don't be yourself!!..Sebab Nubh terlampau reserved. Let go jer.....This industry need you to be more aggressive.

Apa2 komen yang membina tu jangan ignore.sebab orang yang bagi komen tu melihat Nubh dari sudut lain.Maybe ada yang kita terlepas pandang, so, akan ada orang yang membetulkan....

All the best!!..

TokSky said...

Nasib baik ada orang dah ingatkan awal-awal so lepas ni kenalah berhati-hati...Tegur sebab sayang...

Ajoy said...

askum nub!!!
biarlah mulut cik normah 2 berkata2
biase la wartawan kan nk laku kn surat khabr...harap nub terkecik hati dgan kate2 cik normah yg muluk agk lezer 2 hehehehe...nub teruskn dgan kejayan...
cayalah nubhan!!!!!
kami sentiasa sokong nub dri belakang..dan kami akn pasti nub dapat masuk muzik-muzik!!!!
teruskan degan kejayaan mu nub....

Anonymous said...

sabo je abg nubh.
lumrah sbg sorg artis!
trime je ape org nk kate kn!
be strong ok

Anonymous said...

nubhan kan br dlm industri nie bkn belagak tapi mungkin xdpt lg nk sesuaikn diri..semua org pun sama pada permulaannya..teguran2 yang membantu nie lah akan buat masing perasan kesilapan nya..tapi kalo nk tegur pun berpada la jgn la over..yg baik simpn untuk masa depan dan yang brurk kita juhkn..cayalah...

Anonymous said...

nubhan x berangan sebenarnya
cuma the way org perceive nubhan jer
sbb dia ni diam dan takde PR skill [tak peramah] Mcm cold sikit.


tapi nubhan artis kan?
so all abt being yurself thing, is BULL.

Apa salahnya berubah untuk kebaikan. Hijrah.

Anonymous said...

berubahla..dulu zahid pon ambil langkah berubah bla dia dikatakn berlagak n poyo..
nk jd artis..kna friendly ngn sume org..bkn fan aje..

Green Apple>>E'ah said...

abang nubhan nnt dtg blog sye plk n kais la komen kat blog sye..sye minat sgt kat abg nubhan abg cute..ni addres blog sye http://thesweeteahbezfren-salehah.blogspot.com

Anonymous said...

betul.. x salah berubah ke arah kebaikan..bkn x baik skarang ni cuma lebih baik lagi.. diorg tegur tu sbb sayangkan adik.. kalau x syg meke biar je adik wat apepun..so adik.. pandai2lh jaga diri...moga terus sukses..

Dr Zek said...

nubhan,

biasalah tu...nk jadi artis kene berdepan all this thing lah...i hope u be strong...kt blog i ade guitar chord lagu u...i really like u song, indeed. anyway i wish u best of luck whatever u do...