Saturday, September 20, 2008

Nubhan dikejarkan ke hospital selepas alami kekejangan


Oleh Rudy Imran
Harian Metro


KUALA LUMPUR: Pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad, 22, atau Nubhan dikejarkan ke hospital kelmarin, selepas tidak mampu berjalan dan mengalami kekejangan berpanjangan.

Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Ada Untukmu itu terpaksa ditahan di Hospital Seremban, Negeri Sembilan bagi membolehkan doktor melakukan pemeriksaan lanjut.

Sewaktu dihubungi, Nubhan berkata, penyakit itu dideritai sejak berusia lima tahun selepas mengalami kemalangan.

“Ketika belajar di sekolah menengah penyakit yang saya alami beransur pulih selepas menjalani pelbagai rawatan.

“Bagaimanapun, kelmarin ia berlaku lagi dan kali ini keadaan lebih teruk apabila saya langsung tidak boleh berjalan.

“Kejadian berlaku sebaik saya selesai menjalani penggambaran Ada Cinta Di Hari Raya, di kampung kelahiran saya di Juasseh,” katanya.

Menurut Nubhan, doktor memberitahu dia mengalami selisih tulang belakang mengakibatkan ia membengkak dan memberi kesan kepada saraf terutama urat kaki.

“Syukur apabila doktor menerangkan ia tidak terlalu kronik sehingga boleh mengakibatkan lumpuh memandangkan saya muda dan tubuh masih kuat.

“Bagaimanapun saya perlu menjalani rawatan rapi dan melakukan fisioterapi sepanjang seminggu ditempatkan di hospital ini,” katanya.

Sementara itu pengurusnya, Vernon Kedit menjelaskan bagi membolehkan rawatan dilakukan dengan sempurna Nubhan tidak boleh menerima pelawat kecuali ahli keluarga rapat.

Segala aktivitinya sepanjang minggu ini sehingga Aidilfitri terpaksa dibatalkan.


Dipetik dari Harian Metro

5 comments:

AmiR said...

Semoga abg Nubhan cepat sembuh ya....
Sya doakan agar abg Nubhan sentiasa dirhmati oleh Tuhan...
Amin,,,,

wanie:NUBIES said...

abg nubh kne byk2 rhat oke.
jn nari kuat2 sgt.
hikhik.
hrp2 abg shat la oke!
hikhik

ilah91 said...

ilah tau walaupun dah keluar hospital, masih tak sembuh sepenuhnya. tabah nubhan! den tabah, ekau pon kono tabah!

nessa said...

abg an cepat sembuh ya.. kmi nubies sentiasa doakan kesihatan abg an

nubhania said...

nubhan,take care of yourself...rst ckup2 tau.kt doakn nubhan cpt sembuh...