Selepas pelancaran kelab peminat Nubhan (Nubhan FC) yang diadakan pada 19 Julai lalu di restoran Bora Ombak, Ampang, macam-macam SMS yang Niezam terima.
Ada di antara SMS yang mendakwa mereka tak puas hati dengan ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kelab peminat tu.
Lepas tu pula ada orang kata majlis tersebut jadi kelam kabut apabila sebahagian ahli-ahli kelab tidak dilayan dengan baik.
Bukan itu saja, ada pula yang buat cerita kononnya mereka yang menganggotai jawatan kuasa berkenaan terdiri daripada kroni-kroni pihak tertentu.
Hai... apa nak jadi dengan kelab peminat ni Niezam pun tak tahu. Baru nak tubuhkan kelab dah macam-macam kacau bilau berlaku.
“Bukan itu saja bang, ada juga ahli jawatankuasa kelab itu orang yang belajar di seberang laut. Kalau belajar kat luar negara, macam mana nak jaga kelab peminat?
“Saya pun pelik apa la nak jadi dengan Nubhan FC ni. Belum apa-apa lagi dah jadi huru hara,’’ kata seorang ahli kelab.
Khabarnya dek kerana peristiwa itu, kelab peminat Nubhan sekarang dan terpecah dua. Yang menyokong dan yang memberontak. Hairannya bila ada artis keluar AF saja, berebut-rebut orang nak buat kelab peminat.
Setakat ini kalau nak dikira dah berpuluh-puluh kelab peminat artis yang ditubuhkan tapi setakat hangat-hangat dan busuk tahi ayam saja.
Apa yang hebat sangat kelab peminat ni pun tak tahulah? Harap-harap mereka yang nak tubuhkan kelab peminat tu buatlah betul-betul.
NIEZAM: Nak tubuh kelab bujang terlajak.
Dipetik dari Pancaindera
Penjelasan Presiden
Assalamualaikum.
Terlebih dahulu far mohon maaf dengan semua Nubies yang mungkin keliru dengan hal ini. Far faham, mungkin ini hanyalah sedikit salah faham yang timbul. Far harap semua Nubies bertenang dan dengarkan penjelasan dari far sendiri ya.
"Ada di antara SMS yang mendakwa mereka tak puas hati dengan ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kelab peminat tu"
- Perlantikan dibuat oleh Nubhan atas nasihat dari penasihat2. Far yakin Nubhan dan penasihat sudah memikirkan secara mendalam tentang hal ini dan perlantikan tidak dibuat sambil lewa oleh mereka. Far mohon semua Nubies supaya sentiasa berdiri di belakang Nubhan kerana tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Nubhan.
"Lepas tu pula ada orang kata majlis tersebut jadi kelam kabut apabila sebahagian ahli-ahli kelab tidak dilayan dengan baik"
- Far ingin meminta maaf pada Nubies ini yang mungkin merasakan gathering yang dianjurkan tidaklah seperti yang diharapkan. Kalau ada kekurangan,tak cukup makan, tak dilayan dengan baik dan sebagainya,far mewakili AJK dengan seikhlas dan serendah hati benar-benar mohon maaf. Walaubagaimanapun, kami sudah membuka thread (dengan pertolongan eddy) untuk Nubies meluahkan pendapat,meninggalkan komen tentang perjalanan gathering. Yang baik mahupun yang buruk, kami terima dengan hati terbuka dan post mortem dah pun dijalankan. Penyelesaian kepada komen2 yang ditinggalkan sudah pun dicari dan dibentang oleh Ucu dlm laporan mesyuarat yg dibentangkan. Nubies boleh rujuk dalam thread Laporan Aktiviti.
"Bukan itu saja, ada pula yang buat cerita kononnya mereka yang menganggotai jawatan kuasa berkenaan terdiri daripada kroni-kroni pihak tertentu"
- Ingin far tegaskan di sini tidak wujud kroni2 dalam AJK Nubhan FC. AJK2 yang ada sebelum ini pun tidak mengenali antara satu sama lain tetapi boleh berbaik dan menjadi sebahagian keluarga Nubies demi Nubhan. Bukan sahaja di dalam AJK, di kalangan ahli Nubies sendiri pun far tidak merasakan wujudnya kroni2. Mungkin ya,semasa gathering ada pihak yang merasakan setiap Nubies ada gang nye sendiri tapi itu pada far lebih kepada kerana kita masih belum mengenal sesama sendiri. Insya-Allah dlm post mortem yang dibuat oleh AJK, kami ada merancang untuk mengadakan sesi berkenalan dan ice breaking sesama Nubies. Sekiranya Nubies merasakan wujud jurang antara Nubies dan AJK, jangan khuatir kerana pihak AJK ada bercadang untuk mengadakan sesi ramah mesra AJK bersama Nubies.Far harap Nubies boleh bersabar dan menunggu bilakah pengumuman berkenaan hal itu akan disebarkan. Like I always said, after all Nubies ARE ONE FAMILY. Tiada jurang,kroni maupun kumpulan2 tertentu.Marilah kita bersatu secara kuat DEMI Nubhan,dan bukan kerana perkara lain.
"Bukan itu saja bang, ada juga ahli jawatankuasa kelab itu orang yang belajar di seberang laut. Kalau belajar kat luar negara, macam mana nak jaga kelab peminat?"
- Far akui perkara ini terkena pada batang hidung far sendiri. Ya,mmg far belajar di luar negara tetapi far sudah pun balik for good di Malaysia dan bakal bekerja bermula 1 Ogos ini.Far sendiri hadir pada majlis gathering tu dan ada bersama-sama AJK lain semasa perlantikan dibuat. Mmg benar ada seorang lagi AJK Nubhan FC yang berada di luar negara. Nadiya Akmal (atau yaya) yang kini berada di US.Bagaimana seorang yang berada di luar negara boleh dilantik menjadi AJK?Yaya dilantik menjadi AJK ONLINE kerana disebabkan zone masa di US yang berlainan dengan Malaysia, Yaya boleh monitor website dari jauh.Ketika orang Malaysia sedang nyenyak tidur, yaya berjaga dan memerhatikan website. Tambahan pula, AJK online hanyalah melibatkan kerja2 online dan website Nubhan FC. Selagi ada internet connection, yaya mampu menjalankan tugasnya sebagai AJK. Meeting2 dalam conference di yahoo messenger selalu dihadiri oleh yaya tanpa gagal. Beliau juga sanggup bersengkang mata untuk bersama-sama dengan AJK lain dan berbincang perihal kelab apabila ada meeting secara online. Ini juga sudah menunjukkan betapa yaya komited dlm tugasnya untuk kelab.Jadi far harap Nubies lain dapatlah bersama-sama meneruskan sokongan kepada AJK, kelab dan Nubhan.
"Saya pun pelik apa la nak jadi dengan Nubhan FC ni. Belum apa-apa lagi dah jadi huru hara"
- Huru hara? Far rasa kita sentiasa aman damai di sini.
"Khabarnya dek kerana peristiwa itu, kelab peminat Nubhan sekarang dan terpecah dua. Yang menyokong dan yang memberontak"
- Alhamdulillah..setakat yang far nampak dalam forumotion,semuanya menyokong kelab dan AJK.Tidak wujud persengkataan atau apa2 yang kurang enak dalam kelab pada ms ni.Mungkin wujud sebahagian kecil yang kurang berpuas hati namun apa yg far boleh sarankan,marilah berdepan dengan kami.Kami semua open minded,terbuka dan boleh menerima kritikan dan teguran.Menggunakan media untuk meluahkan rasa tidak puas hati akan memberi kesan buruk kepada nama Nubhan. Kita semua mahu menyokong Nubhan dari belakang dan perkara berkaitan hal kelab boleh diselesaikan secara baik dengan pentadbiran kelab.Kami sentiasa berlapang dada dan mana2 Nubies selepas ini yang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati,bolehlah berbuat demikian dan bersemuka dengan AJK.Jika tidak mahu berdepan, kotak email dan private messages kami sentiasa dibuka.
Far harap penjelasan far ini dapat menjernihkan keadaan dan menjelaskan segala kekeliruan yang ada. Perkara seperti ini kurang sihat sebenarnya kerana ini boleh menjejaskan nama Nubhan yang baru saja mahu memulakan langkah sebagai anak seni. Far yakin kita semua sayangkan Nubhan dan mahu Nubhan berjaya. Sokongan yang padu daripada peminat amat penting buat Nubhan jadi far memohon pertolongan semua Nubies supaya sentiasalah berdiri di belakang Nubhan dan memberi sokongan kepada pentadbiran kelab. Jika timbul rasa kurang senang dengan pentadbiran kelab, far alu-alukan sangat anda semua luahkan supaya AJK dapat improve di masa akan datang. Mmg kami masih baru, masih hijau dan banyak benda yang harus dipelajari tetapi insya-Allah selagi kami masih bertanggungjawab terhadap kelab,kami akan membuat yang terbaik untuk kelab,untuk Nubies dan untuk Nubhan.
Ikhlas,
farfar
Presiden Nubhan FC.
8 comments:
Penjelasan presiden
Assalamualaikum,
Terlebih dahulu far mohon maaf dengan semua Nubies yang mungkin keliru dengan hal ini. Far faham, mungkin ini hanyalah sedikit salah faham yang timbul. Far harap semua Nubies bertenang dan dengarkan penjelasan dari far sendiri ya.
"Ada di antara SMS yang mendakwa mereka tak puas hati dengan ahli jawatankuasa yang dilantik dalam kelab peminat tu"
- Perlantikan dibuat oleh Nubhan atas nasihat dari penasihat2. Far yakin Nubhan dan penasihat sudah memikirkan secara mendalam tentang hal ini dan perlantikan tidak dibuat sambil lewa oleh mereka. Far mohon semua Nubies supaya sentiasa berdiri di belakang Nubhan kerana tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Nubhan.
"Lepas tu pula ada orang kata majlis tersebut jadi kelam kabut apabila sebahagian ahli-ahli kelab tidak dilayan dengan baik"
- Far ingin meminta maaf pada Nubies ini yang mungkin merasakan gathering yang dianjurkan tidaklah seperti yang diharapkan. Kalau ada kekurangan,tak cukup makan, tak dilayan dengan baik dan sebagainya,far mewakili AJK dengan seikhlas dan serendah hati benar-benar mohon maaf. Walaubagaimanapun, kami sudah membuka thread (dengan pertolongan eddy) untuk Nubies meluahkan pendapat,meninggalkan komen tentang perjalanan gathering. Yang baik mahupun yang buruk, kami terima dengan hati terbuka dan post mortem dah pun dijalankan. Penyelesaian kepada komen2 yang ditinggalkan sudah pun dicari dan dibentang oleh Ucu dlm laporan mesyuarat yg dibentangkan. Nubies boleh rujuk dalam thread Laporan Aktiviti.
"Bukan itu saja, ada pula yang buat cerita kononnya mereka yang menganggotai jawatan kuasa berkenaan terdiri daripada kroni-kroni pihak tertentu"
- Ingin far tegaskan di sini tidak wujud kroni2 dalam AJK Nubhan FC. AJK2 yang ada sebelum ini pun tidak mengenali antara satu sama lain tetapi boleh berbaik dan menjadi sebahagian keluarga Nubies demi Nubhan. Bukan sahaja di dalam AJK, di kalangan ahli Nubies sendiri pun far tidak merasakan wujudnya kroni2. Mungkin ya,semasa gathering ada pihak yang merasakan setiap Nubies ada gang nye sendiri tapi itu pada far lebih kepada kerana kita masih belum mengenal sesama sendiri. Insya-Allah dlm post mortem yang dibuat oleh AJK, kami ada merancang untuk mengadakan
sesi berkenalan dan ice breaking sesama Nubies. Sekiranya Nubies
merasakan wujud jurang antara Nubies dan AJK, jangan khuatir kerana pihak AJK ada bercadang untuk mengadakan sesi ramah mesra AJK bersama Nubies.Far harap Nubies boleh bersabar dan menunggu bilakah pengumuman berkenaan hal itu akan disebarkan. Like I always said, after all Nubies ARE ONE FAMILY. Tiada jurang,kroni maupun kumpulan2 tertentu.Marilah kita bersatu secara kuat DEMI Nubhan,dan bukan kerana perkara lain.
"Bukan itu saja bang, ada juga ahli jawatankuasa kelab itu orang yang
belajar di seberang laut. Kalau belajar kat luar negara, macam mana nak jaga kelab peminat?"
- Far akui perkara ini terkena pada batang hidung far sendiri. Ya,mmg far belajar di luar negara tetapi far sudah pun balik for good di Malaysia dan bakal bekerja bermula 1 Ogos ini.Far sendiri hadir pada majlis gathering tu dan ada bersama-sama AJK lain semasa perlantikan dibuat. Mmg benar ada seorang lagi AJK Nubhan FC yang berada di luar negara. Nadiya Akmal (atau yaya) yang kini berada di US.Bagaimana seorang yang berada di luar negara boleh dilantik menjadi AJK?Yaya dilantik menjadi AJK ONLINE kerana disebabkan zone masa di US yang berlainan dengan
Malaysia, Yaya boleh monitor website dari jauh.Ketika orang Malaysia sedang nyenyak tidur, yaya berjaga dan memerhatikan website. Tambahan pula, AJK online hanyalah melibatkan kerja2 online dan website Nubhan FC. Selagi ada internet connection, yaya mampu menjalankan tugasnya sebagai AJK. Meeting2 dalam conference di yahoo messenger selalu dihadiri oleh yaya tanpa gagal. Beliau juga sanggup bersengkang mata untuk bersama-sama dengan AJK lain dan berbincang perihal kelab apabila ada meeting secara online. Ini juga sudah menunjukkan betapa yaya komited dlm tugasnya untuk kelab.Jadi far harap Nubies lain dapatlah bersama-sama meneruskan sokongan kepada AJK, kelab dan Nubhan.
"Saya pun pelik apa la nak jadi dengan Nubhan FC ni. Belum apa-apa lagi dah jadi huru hara"
- Huru hara? Far rasa kita sentiasa aman damai di sini.
"Khabarnya dek kerana peristiwa itu, kelab peminat Nubhan sekarang dan terpecah dua. Yang menyokong dan yang memberontak"
- Alhamdulillah..setakat yang far nampak dalam forumotion,semuanya
menyokong kelab dan AJK.Tidak wujud persengkataan atau apa2 yang kurang
enak dalam kelab pada ms ni.Mungkin wujud sebahagian kecil yang kurang
berpuas hati namun apa yg far boleh sarankan,marilah berdepan dengan
kami.Kami semua open minded,terbuka dan boleh menerima kritikan dan
teguran.Menggunakan media untuk meluahkan rasa tidak puas hati akan
memberi kesan buruk kepada nama Nubhan. Kita semua mahu menyokong
Nubhan dari belakang dan perkara berkaitan hal kelab boleh diselesaikan secara baik dengan pentadbiran kelab.Kami sentiasa berlapang dada dan mana2 Nubies selepas ini yang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati,bolehlah berbuat demikian dan bersemuka dengan AJK.Jika tidak mahu berdepan, kotak email dan private messages kami sentiasa dibuka. Smile
Far harap penjelasan far ini dapat menjernihkan keadaan dan menjelaskan segala kekeliruan yang ada. Perkara seperti ini kurang sihat sebenarnya kerana ini boleh menjejaskan nama Nubhan yang baru saja mahu memulakan langkah sebagai anak seni. Far yakin kita semua sayangkan Nubhan dan mahu Nubhan berjaya. Sokongan yang padu daripada peminat amat penting
buat Nubhan jadi far memohon pertolongan semua Nubies supaya
sentiasalah berdiri di belakang Nubhan dan memberi sokongan kepada
pentadbiran kelab. Jika timbul rasa kurang senang dengan pentadbiran
kelab, far alu-alukan sangat anda semua luahkan supaya AJK dapat
improve di masa akan datang. Mmg kami masih baru, masih hijau dan
banyak benda yang harus dipelajari tetapi insya-Allah selagi kami masih bertanggungjawab terhadap kelab,kami akan membuat yang terbaik untuk kelab,untuk Nubies dan untuk Nubhan.
Ikhlas,
farfar
Presiden Nubhan FC.
sabo je lar nubhan oit.. ini suma perkara biasa.. menda baru mmg le awalnye begitu.. pasti ada hiccups here and there. tapi suma tu leh dijadikan pengajaran.. apa pon sy mendoakan agar kamu sntiasa maju ke hadapan.. dan jangan lupa polak ngan yr fans bila dah berjaya kelak. good luck to u.
p/s: i never had and astro and never had a chance to watch u during AF. tp dengar yr song kt dalam radio and baca biter u di mr manager punye blog. hanya kat blog mr manager aje i get to know u guys.. hehe..
gud luck nubhan and nubies..
err.. huru hara? bio betik.. kengkadang wartawan ni sker sangat mbuat spekulasi liar .. kuikuikui.. no offense yaa..
abaikan semua itu..
bukan penting pun kabara angin itu...
bila ada PHd dlm diri kita,
itu lah yang jadinya...
JELES LA TU!!!!
teruskan sokongan...
ignore kan aje ape orang nak cakap..
yang baik,kita ambil..untuk memburukkan/menjatuhkan,kita tolak tepi...
keep on Cayalah!~
;)
Tetap menyokong Nubhan..but lebih suka jadi secret admirer..itu lebih mahal kan!..
segala penjelasan kak far (presiden) sudah jelaskan
kita sebagai nubies yg terus menyokong Nubhan perlu bersatu..
Abaikan aje semua anasir2 yg cuba utk membawa masalah tu..
Teruskan perjuangan FC selagi keikhlasan untuk menyokong Nubhan terpahat di hati. :)
Orang lain mungkin tidak tahu erti pengorbanan AJK yg sebenarnya, tetapi selagi AJK bertanggungjawab dalam menjadi perantaraan antara Nubhan dan Nubies, selagi itulah FC akan terus bertahan selamanya.
Pengorbanan & keikhlasan yang tulus akan menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan.
All the best to Nubhan & Nubies.
^__^
muke xley blar..
dagu pjg..
Post a Comment