Wednesday, July 30, 2008

Nasihat buat Nubhan




PAPA hanya menggelengkan kepala sahaja apabila kawan Papa yang bermata redup tetapi bermulut bisa menyampaikan kisah ini yang berlaku di depan matanya.

Ceritanya tidaklah panas mana pun. Cuma dia pelik dan jelik melihat gelagat pemenang tempat ketiga AF6, Nubhan sewaktu majlis pelancaran kelab peminatnya baru-baru ini.

Bayangkan, sewaktu sidang media yang dihadiri oleh wartawan-wartawan media cetak dan elektronik, Nubhan dilihat seperti tidak fokus.

Manakan tidak. Apabila ternampak kelibat orang yang dikenali berlalu pergi, Nubhan siap mengangkat tangan.

Malah, sesiapa sahaja yang lalu di hadapannya juga akan ditegurnya.

Papa faham sangat, Nubhan mungkin mempunyai niat yang baik dan elok.

Namun, pada masa yang sama, Nubhan harus faham kerana majlis sidang media itu berlangsung, media elektronik sedang melakukan rakaman.

Jadi, kalau Nubhan buat begitu, bukankah susah mereka nak buat suntingan untuk berita nanti?

Dalam hal ini, sekali lagi Papa tidak mahu menyalahkan Nubhan kerana mungkin sudah menjadi sikap mesra penyanyi comel itu.

Papa percaya teman baik Papa, Vernon Kedit akan mengambil perhatian berhubung hal ini dan akan terus membimbing Nubhan menjadi seorang artis yang profesional dan berkarisma seperti mana Vernon membantu memasyhurkan penghibur Ning Baizura sehingga ke mercu kejayaan.

Apa apa pun, tahniah kepada Nubhan kerana lagunya, Ada Untukmu meletup sekarang ini.


Dipetik dari Utusan Malaysia

8 comments:

Solly Salihah said...

tak abis-abis gosip tentang nubhan ni... lantak lah apa gosip tu, tapi ingat kalau komen n gosip membanggun bole lah buat pengajaran, tapi kalau komen yg hancur kan, just abaikan... hope nubhan akan terus tabah kan!!

nubies semua harus tetap sokongan pada nubhan ok...

nessa said...

ok kak ucu, kita akan sokong nubhan forever :)

Shikin JD said...

ramah salah, sombong salah, saje je reportz ni nak wat cite....sabar je la

teruskan sikap anda yg cool tu nub, anda diminati oleh ramai fanz kerana sikap mu itu

kami akan terus menyokongmu tanpa jemu selagi nub tak berubah sikap

Anonymous said...

wartawan tu jeles si nubhan tak lambai kat dier kot.. tu la pasal... heheheh

Anonymous said...

Takpe Nubhan... Jgn cepat melatah benda2 mcm ni.. fokus on vocal je.. i know u can do it.. Pandang positive je news2 mcm ni...

Ku Adalah Aku... said...

just be yourself dik...kami semua ada berdiri bersamamu...bersabar dan percayalah bahawa dugaan itu tiada surutnya...think poz+ dan yakin bahawa semua ini demi masa depanmu...

Unknown said...

smbong slh rmah slh.. waduh.. tp abg nubh kan msh baru, mntah lg dlm bdang nie.. so xkn la smpi nak meluat.. hrgg. tp abg nubh ttp 4eva && eva k.. smue kekurangan boley diubah.

...$weE+ 666... said...

mmg ada 2 jenis wartawan dlm dunia nih. satu bertujuan nak menjatuhkan artis dgn bikin cerita sensasi. satu lagi bertujuan utk menaikkan artis dgn bikin berita terkini. nubhan kena pandai nilai dan tapis keduanyer skali... wish u luck, boy!